Monday, September 22, 2008

Mengapa Jadi Begini......

"Pencipta dan penyanyi lagu Negarakuku yang menimbulkan kontroversi kerana ia dibuat mengikut rentak rap dan mempunyai unsur yang dikatakan menyentuh sensitiviti umat Islam, Namewee atau nama sebenarnya, Wee Meng Chee, pagi Selasa memberi keterangan kepada polis di Bukit Aman.Meng Chee yang baru kembali ke tanah air setelah menamatkan pengajiannya akhir bulan lalu tiba di Bukit Aman dengan diiringi oleh bapanya, Wee An See dan peguamnya. Perayaan sempena sambutan kemerdekaan ke-50 negara tahun lalu tercemar dengan kontroversi yang ditimbulkan oleh Meng Chee apabila menyiarkan klip video lagu kebangsaan yang dinyanyikannya dalam rentak rap itu di laman web YouTube. Malah lebih hangat lagi apabila liriknya turut mententuh sensitiviti umat Islam termasuk menyamakan azan subuh sebagai sesuatu yang mengganggu dan pada masa yang sama lirik itu dinyanyikan gambar ayam berkokok ditayangkan. Selain itu lirik lagi berkenaan juga turut menyentuh mengenai isu perkauman apabila menggambarkan orang Melayu sebagai pemalas tetapi menguasai pentadbiran kerajaan."

Tuesday, September 16, 2008

Cuba Renungkan Benda Mudah Ini...

1 barrel(tong) = 159 liter
1 USD = RM 3.45
harga minyak semasa = USD92.7 setong

Dulu USD145 x 3.3 / 159 liter = RM3 – RM0.30
(Subsidi) = RM2.70 Skrg USD93 x 3.45 / 159 liter = RM2 – RM0.30 (Subsidi) = RM1.70

Kerajaan jual => RM2.55
Harga tanpa subsidi => RM2.00
Kita tanggung kerajaan = RM0.55 per liter.

Mengikut perkiraan mudah ini, harga minyak tanpa subsidi di Malaysia adalah RM2.00 seliter. Kerajaan menjual kepada rakyat dengan harga RM2.55 seliter. Bermakna rakyatlah yang memberi subsidi kepada kerajaan sebanyak 55 sen seliter. Berapa banyak agaknya kerajaan dapat dengan mengekalkan harga minyak RM2.55 sen seliter ini? Dan Pak Shahrir, menteri jaga harga minyak berkata bahawa harga minyak akan diturunkan sebelum Aidilfitri sebanyak 15 sen lagi kepada RM2.40.

( dari Tranungkite )

Thursday, August 28, 2008

Sedikit Renungan

Friday, July 4, 2008

Minda manusia mampu memancar gelombang

Betapa agungnya ciptaan ALLAH. Sedarilah bahawa otak kita pun mampu merambat atau memancar gelombang walaupun dalam frekuensi yang sangat rendah iaitu dari sekitar 3Hz sehingga beberapa ratus Hertz. Untuk dalam keadaan tenang, kita perlu ubah frekuensi minda ke frekuensi sekitar 8Hz - 13 Hz (juga dipanggil gelombang alfa). Caranya ialah melalui sembahyang malam - misalnya sembahyang tahajjud. Cara kedua ialah melalui latihan mengubah frekuensi dengan membuat gegelung khayalan di dalam minda sebanyak 10 pusingan.
Saya yakin bahawa suatu hari nanti, manusia mampu berkomunikasi dengan rakan yang lain dengan hanya menggunakan gelombang minda. Inilah yang dinamakan cerebral communication. Manusia tidak perlu melanggan perkhidmatan telekomunikasi komersil yang ternyata mahal dan membebankan. Pada masa itu semua syarikat telekomunikasi akan bankrap.
Fikirkan:
Dalam kekusyukan atau saat tenang, dianggarkan minda memancar gelombang EM pada frekuensi 8 Hz ( bersamaan 0.000008 MHz). Jadi pada ketika ini jarak gelombang minda kita ialah bersamaan 300Mmsesaat/0.000008MAyunansesaat = 37.5 Juta meter!!!
Jauh betoi tu...sekali hayun sahaja sudah hampir 38,000 Kilometer jarak dia boleh pergi!! Lebih jauh daripada jarak ISS dengan bumi.
Rujukan:( changlunhamradio.blogspot).

Tuesday, August 26, 2008

Saudara Anwar Kembali Daaaa......



Kemenangan Yang Pasti : Saudara Anwar Kembali ke Parlimen.

Tahniah, kepada saudara Anwar. Sebenarnya tamat proses pengiraaan undi sekalipun kita sudah boleh meramalkan kemenangan ini. Jika beliau kalah di Permatang Pauh, rakyat akan mempersoalkan ketelusan SPR dan mungkin tidak akan dapat menerima keputusan tersebut dan menganggap ada yang tidak kena. Berdasarkan sokongan luar biasa yang di berikan penduduk tempatan serta penyokong dari serata tanah air,saudara Anwar memang di jangkakan akan menang dengan majoriti yang besar.

Faktor - faktor yang mungkin menyumbang kepada keputusan pilihanraya P44.

1. Karismatik serta ketokohan saudara Anwar sendiri yang menarik rakyat untuk mengundi beliau.

2. Permatang Pauh adalah kubu kuat PKR sejak dulu lagi.

3. Peranan media yang terlampau memihak kepada BN dan terlalu memburukkan PKR dan PKR

membuatkan rakyat merasa jemu, jelak, bosan dan sakit hati.

4. Pemimpin tertinggi parti BN turun padang untuk mempromosikan calon mereka menunjukkan bahawa mereka terlalu takut untuk berhadapan dengan saudara Anwar ( seolah -olah kebangkitan saudara anwar akan membawa kecelakaan kepada mereka ).Rakyat mungkin mula berfikir tentang perkara ini.

5. Cara mereka berkempen adalah tidak matang seperti menyerang peribadi, mengungkit kisah - kisah lama serta membawa segala propaganda yang ada ke Permatang Pauh. Soalnya, kenapa semua ini nak di dedahkan ketika calon - calon yang sedang bertanding sedang sibuk berkempen. Mengapa tidak dari dulu ataupun selepas pilihanraya. Sekali lagi, rakyat pun mula berfikir kepelikkan perkara ini.

6. Serangan peribadi terhadap saudara Anwar dari Ezam membuatkan rakyat terus membenci BN, kehadiran beliau ke permatang Pauh memburukkan lagi keadaan seolah - olah tidak cukup dengan kehadiran KJ.

7. Rakyat di sogokkan dengan terlalu banyak input yang buruk tentang saudara Anwar, PKR dan PR menyebabkan timbul kesangsian tentang kesahihan tuduhan - tuduhan serta fitnah yang dilemparkan. Mereka sepatutnya menyajikan input yang sekadar mencukupi atau secukup rasa sahaja jika benarpun tuduhan - tuduhan itu.

8. Tindakan melaga-lagakan PR juga menimbulkan kebencian rakyat kepada BN.Seolah - olah BN terlalu bimbang dengan kekuatan PR yang stabil dan boleh bekerjasama dengan baik setakat hari ini.

9. Liputan media yang di kawal oleh kerajaan BN supaya membawa berita kebaikan BN dan UMNO sahaja juga menyebabkan rakyat ketandusan idea dan mencari - cari kebenaran, mereka mula berfikir adakah PKR atau PR ini sebuah parti yang haprak, lalu mereka mula berjinak - jinak dengan media - media alternatif seperti Harakah, Tranungkite dan sebagainya. Lebih menarik lagi, mereka mula berkunjung ke ceramah - ceramah PR dan di situ mereka disajikan dengan pidato hebat yang penuh dengan kebenaran yang di kendalikan dengan penuh etika dan profesionalisme. Nah, sekarang mereka menemui kebenaran.

10. BN tidak pernah mengambil iktibar tentang kekalahan pada Mac 2008, mereka tetap mengulangi kesilapan yang sama, mengawal media, membuat propaganda, menyerang peribadi serta terlalu sombong dan terlebih yakin (pada pendapat saya inilah faktor - faktor kekalahan mereka pada Mac 2008 ).BN sepatutnya membuka ruang sama rata kepada pembangkang menggunakan media, tidak menyerang peribadi serta membuat propaganda yang agak - agak cukup rasa. Merendah diri serta tidak sombong.

Ketidak hadiran Arif pada waktu pengumuman kemenangan PKR pada jam 10 mlm di dewan tersebut telah menunjukkan sikap sebenar beliau, sepatutnya sebagai calon yang dipilih untuk bertanding beliau sepatutnya mengucapkan tahniah serta bersalaman dengan saudara Anwar walaupun berbeda fahaman politik kerana hubungan sebagai saudara se agama.Bukan hanya beliau yang tidak hadir malahan kesemua pemimpin BN termasuk penyokong - penyokong kuat mereka tidak dapat di kesan ketika itu.Mereka di percayai berkubu di Hotel Sunway sebrang Jaya.Ini tindakan tidak bijak kerana rakyat akan menganggap mereka tidak ikhlas,takut dan tidak dapat menerima kegagalan. Ini bertentangan dengan hasrat Arif Shah bertanding, iaitu untuk berkhidmat pada rakyat tempatan, belum apa - apa dah lari....

Tahniah sekali lagi kepada saudara Anwar dan selamat maju jaya silalah bawa perubahan dari Seberang Jaya ke Putrajaya seterusnya ke Nusajaya ,kepda BN sila buat perubahan pada polisi parti cara berkempen, pendekatan pada rakyat dan cara mencuri hati rakyat dan rombak semula tokoh -tokoh anda, pada yang berada di akar umbi, sila beri laluan kepada orang yang lebih layak serta bertokoh untuk memimpin parti anda.

Takbirrr.... AllahuAkbar....

Wednesday, August 20, 2008

Debat Guan Eng Dan Tsu Koon

Semalam telah berlangsung debat yang agak menarik antara dua pemimpin terkenal tanahair . Seorang mewakili pembangkang manakal seorang lagi mewakili kerajaan memerintah. Persamaan anatara keduanya adalah dari segi bangsa, iaitu Cina.

Debat yang pada mulanya saya anggap tidak akan menarik kerana keduanya tidak fasih berbahasa melayu sebenarnya menarik dan diselitkan dengan unsur - unsur humour.

Kedua - dua pemimpin berdebat dengan keadaan yang terkawal serta

Tuesday, August 19, 2008

UiTM : ISU KUOTA 10% UNTUK BUKAN BUMIPUTERA

Sebagai alumni UiTM, saya terpanggil untuk menyuarakan pendapat saya berhubung isu di atas. Saya rasa, sebagai alumni UiTM saya layak mengutarakan pendapat berkaitan survival UiTM sendiri sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi untuk bumiputera warganegara Malaysia.

Persoalan pertama

Mengapa terdapat beberapa peratus pelajar bukan Melayu dan bukan warganegara di UiTM Shah Alam, terutamanya dari Mauritius, Yaman dan sebagainya ( majoriti berkulit hitam ). Anda boleh melihat kelibat mereka ini di kolej kediaman seperti Perindu.

UiTM sebenarnya mengikut Akta UiTM, hanya layak di masuki oleh rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak termasuk Orang Asli Semenanjung.
Jadi, adakah adil jika kita mengizinkan rakyat asing bukan bumiputera untuk belajar di UiTM sedangkan warganegara berbangsa Cina dan India dinafikan hak mereka. Adakah kerana rakyat asing membayar yuran lebih mahal dari rakyat Malaysia.

Mengapakah Kera Di Hutan Disusukan, Anak Di Rumah Mati Kelaparan.


Persoalan Kedua

Mengapakah orang Melayu atau Bumiputera begitu takut kepada kaum Cina dan India? mengapakah perlu takut, sedangkan mereka juga manusia.Adakah dengan tidak memasuki UiTM mereka akan ketinggalan ? adakah kekuatan ekonomi yang dijanakan oleh mereka selama ini dalah hasil dari belajar di UiTM ? adakah kekuatan ekonomi kaum Cina di Malaysia hari ini hasil dari belajar di UiTM ? tentu sekali tidak bukan.

Jadi renungkanlah, sebenarnya kita sepatutnya berusaha menjadikan kita terbaik, ingatlah bahawasanya benih yang baik, akan bercambah walau di campakkkan ke manapun.

Persoalan Ketiga

Merujuk kepada hasrat untuk menjadikan UiTM sebagai universiti bertaraf dunia sukar di capai.
Ini adalah kerana ia tidak memberi peluang yang samarata kepada kaum-kaum utama di Malaysia mengikut komposisi kaum.

Persoalan Keempat.

Membuka kuota 10% kepada bukan bumiputera beerti menambahkan saingan ataupun cabaran kepada bumiputera untuk terus bersaing bagi menjadi yang terbaik. Kuota 10% amatlah kecil jika dibandingkan dengan jumlah pelajar UiTM secara keseluruhan.Disamping meningkatkan kemampuan dan dayasaing graduan, saranan ini juga boleh memupuk semangat integrasi nasional antara masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Persoalan Kelima

Apakah kaum - kaum lain di Malaysia berminat untuk memasuki UiTM ?
Kita boleh merujuk kepada pembukaan kuota 10% kepada kaum Cina dan India untuk memasuki MRSM, namun realitinya tidak ramai pelajar dari kaum ini berminat malahan ada yang masuk sekejap lalu keluar untuk masuk ke sekolah biasa.Mungkin mereka tidak sesuai dan selesa dengan persekitaran di mana jumlah pelajar dari kaum mereka terlalu sedikit.
perkara yang sama berkemungkinan boleh berlaku pada UiTM.

Sekian,

Artikel DiTulis Tanpa Prejudis Dan Diskriminasi
( Hanya Pendapat Peribadi )

Monday, July 7, 2008

Tuesday, May 20, 2008

KONVOKESYEN


Bersama Zaaba Zulkifli, Sungai Besar ( kiri )


Tegar


Bersama rakan - rakan sekuliah FSPPP


Bersama Bang Long & Zaaba a.k.a Bob

Bersama rakan, Izham ketika Konvokesyen ke 67 UiTM, November 2007