Tuesday, August 19, 2008

UiTM : ISU KUOTA 10% UNTUK BUKAN BUMIPUTERA

Sebagai alumni UiTM, saya terpanggil untuk menyuarakan pendapat saya berhubung isu di atas. Saya rasa, sebagai alumni UiTM saya layak mengutarakan pendapat berkaitan survival UiTM sendiri sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi untuk bumiputera warganegara Malaysia.

Persoalan pertama

Mengapa terdapat beberapa peratus pelajar bukan Melayu dan bukan warganegara di UiTM Shah Alam, terutamanya dari Mauritius, Yaman dan sebagainya ( majoriti berkulit hitam ). Anda boleh melihat kelibat mereka ini di kolej kediaman seperti Perindu.

UiTM sebenarnya mengikut Akta UiTM, hanya layak di masuki oleh rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak termasuk Orang Asli Semenanjung.
Jadi, adakah adil jika kita mengizinkan rakyat asing bukan bumiputera untuk belajar di UiTM sedangkan warganegara berbangsa Cina dan India dinafikan hak mereka. Adakah kerana rakyat asing membayar yuran lebih mahal dari rakyat Malaysia.

Mengapakah Kera Di Hutan Disusukan, Anak Di Rumah Mati Kelaparan.


Persoalan Kedua

Mengapakah orang Melayu atau Bumiputera begitu takut kepada kaum Cina dan India? mengapakah perlu takut, sedangkan mereka juga manusia.Adakah dengan tidak memasuki UiTM mereka akan ketinggalan ? adakah kekuatan ekonomi yang dijanakan oleh mereka selama ini dalah hasil dari belajar di UiTM ? adakah kekuatan ekonomi kaum Cina di Malaysia hari ini hasil dari belajar di UiTM ? tentu sekali tidak bukan.

Jadi renungkanlah, sebenarnya kita sepatutnya berusaha menjadikan kita terbaik, ingatlah bahawasanya benih yang baik, akan bercambah walau di campakkkan ke manapun.

Persoalan Ketiga

Merujuk kepada hasrat untuk menjadikan UiTM sebagai universiti bertaraf dunia sukar di capai.
Ini adalah kerana ia tidak memberi peluang yang samarata kepada kaum-kaum utama di Malaysia mengikut komposisi kaum.

Persoalan Keempat.

Membuka kuota 10% kepada bukan bumiputera beerti menambahkan saingan ataupun cabaran kepada bumiputera untuk terus bersaing bagi menjadi yang terbaik. Kuota 10% amatlah kecil jika dibandingkan dengan jumlah pelajar UiTM secara keseluruhan.Disamping meningkatkan kemampuan dan dayasaing graduan, saranan ini juga boleh memupuk semangat integrasi nasional antara masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Persoalan Kelima

Apakah kaum - kaum lain di Malaysia berminat untuk memasuki UiTM ?
Kita boleh merujuk kepada pembukaan kuota 10% kepada kaum Cina dan India untuk memasuki MRSM, namun realitinya tidak ramai pelajar dari kaum ini berminat malahan ada yang masuk sekejap lalu keluar untuk masuk ke sekolah biasa.Mungkin mereka tidak sesuai dan selesa dengan persekitaran di mana jumlah pelajar dari kaum mereka terlalu sedikit.
perkara yang sama berkemungkinan boleh berlaku pada UiTM.

Sekian,

Artikel DiTulis Tanpa Prejudis Dan Diskriminasi
( Hanya Pendapat Peribadi )

1 comment:

Anonymous said...

"Kera" orang luar, "Anak" bukan Bumiputera, agaknya bukan Melayu ni semua anak sulung kot, kita Melayu ni anak bongsu. haha. Setuju la, Melayu ni gelabah sangat but on top of that, these are all political S**TS. Those students are all political puppets.Haha.