Tuesday, August 26, 2008

Saudara Anwar Kembali Daaaa......



Kemenangan Yang Pasti : Saudara Anwar Kembali ke Parlimen.

Tahniah, kepada saudara Anwar. Sebenarnya tamat proses pengiraaan undi sekalipun kita sudah boleh meramalkan kemenangan ini. Jika beliau kalah di Permatang Pauh, rakyat akan mempersoalkan ketelusan SPR dan mungkin tidak akan dapat menerima keputusan tersebut dan menganggap ada yang tidak kena. Berdasarkan sokongan luar biasa yang di berikan penduduk tempatan serta penyokong dari serata tanah air,saudara Anwar memang di jangkakan akan menang dengan majoriti yang besar.

Faktor - faktor yang mungkin menyumbang kepada keputusan pilihanraya P44.

1. Karismatik serta ketokohan saudara Anwar sendiri yang menarik rakyat untuk mengundi beliau.

2. Permatang Pauh adalah kubu kuat PKR sejak dulu lagi.

3. Peranan media yang terlampau memihak kepada BN dan terlalu memburukkan PKR dan PKR

membuatkan rakyat merasa jemu, jelak, bosan dan sakit hati.

4. Pemimpin tertinggi parti BN turun padang untuk mempromosikan calon mereka menunjukkan bahawa mereka terlalu takut untuk berhadapan dengan saudara Anwar ( seolah -olah kebangkitan saudara anwar akan membawa kecelakaan kepada mereka ).Rakyat mungkin mula berfikir tentang perkara ini.

5. Cara mereka berkempen adalah tidak matang seperti menyerang peribadi, mengungkit kisah - kisah lama serta membawa segala propaganda yang ada ke Permatang Pauh. Soalnya, kenapa semua ini nak di dedahkan ketika calon - calon yang sedang bertanding sedang sibuk berkempen. Mengapa tidak dari dulu ataupun selepas pilihanraya. Sekali lagi, rakyat pun mula berfikir kepelikkan perkara ini.

6. Serangan peribadi terhadap saudara Anwar dari Ezam membuatkan rakyat terus membenci BN, kehadiran beliau ke permatang Pauh memburukkan lagi keadaan seolah - olah tidak cukup dengan kehadiran KJ.

7. Rakyat di sogokkan dengan terlalu banyak input yang buruk tentang saudara Anwar, PKR dan PR menyebabkan timbul kesangsian tentang kesahihan tuduhan - tuduhan serta fitnah yang dilemparkan. Mereka sepatutnya menyajikan input yang sekadar mencukupi atau secukup rasa sahaja jika benarpun tuduhan - tuduhan itu.

8. Tindakan melaga-lagakan PR juga menimbulkan kebencian rakyat kepada BN.Seolah - olah BN terlalu bimbang dengan kekuatan PR yang stabil dan boleh bekerjasama dengan baik setakat hari ini.

9. Liputan media yang di kawal oleh kerajaan BN supaya membawa berita kebaikan BN dan UMNO sahaja juga menyebabkan rakyat ketandusan idea dan mencari - cari kebenaran, mereka mula berfikir adakah PKR atau PR ini sebuah parti yang haprak, lalu mereka mula berjinak - jinak dengan media - media alternatif seperti Harakah, Tranungkite dan sebagainya. Lebih menarik lagi, mereka mula berkunjung ke ceramah - ceramah PR dan di situ mereka disajikan dengan pidato hebat yang penuh dengan kebenaran yang di kendalikan dengan penuh etika dan profesionalisme. Nah, sekarang mereka menemui kebenaran.

10. BN tidak pernah mengambil iktibar tentang kekalahan pada Mac 2008, mereka tetap mengulangi kesilapan yang sama, mengawal media, membuat propaganda, menyerang peribadi serta terlalu sombong dan terlebih yakin (pada pendapat saya inilah faktor - faktor kekalahan mereka pada Mac 2008 ).BN sepatutnya membuka ruang sama rata kepada pembangkang menggunakan media, tidak menyerang peribadi serta membuat propaganda yang agak - agak cukup rasa. Merendah diri serta tidak sombong.

Ketidak hadiran Arif pada waktu pengumuman kemenangan PKR pada jam 10 mlm di dewan tersebut telah menunjukkan sikap sebenar beliau, sepatutnya sebagai calon yang dipilih untuk bertanding beliau sepatutnya mengucapkan tahniah serta bersalaman dengan saudara Anwar walaupun berbeda fahaman politik kerana hubungan sebagai saudara se agama.Bukan hanya beliau yang tidak hadir malahan kesemua pemimpin BN termasuk penyokong - penyokong kuat mereka tidak dapat di kesan ketika itu.Mereka di percayai berkubu di Hotel Sunway sebrang Jaya.Ini tindakan tidak bijak kerana rakyat akan menganggap mereka tidak ikhlas,takut dan tidak dapat menerima kegagalan. Ini bertentangan dengan hasrat Arif Shah bertanding, iaitu untuk berkhidmat pada rakyat tempatan, belum apa - apa dah lari....

Tahniah sekali lagi kepada saudara Anwar dan selamat maju jaya silalah bawa perubahan dari Seberang Jaya ke Putrajaya seterusnya ke Nusajaya ,kepda BN sila buat perubahan pada polisi parti cara berkempen, pendekatan pada rakyat dan cara mencuri hati rakyat dan rombak semula tokoh -tokoh anda, pada yang berada di akar umbi, sila beri laluan kepada orang yang lebih layak serta bertokoh untuk memimpin parti anda.

Takbirrr.... AllahuAkbar....

1 comment:

Anonymous said...

Perjuangan keadilan sudah kita jayakan, tiba masanya perbaiki bangsa Melayu. Kalau Anwar gagal, kita cari yang lain. Aku lebih sayangkan bangsa dari personaliti.